SELAMAT DATANG KE MYGOV - PORTAL RASMI KERAJAAN MALAYSIA

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Dasar Privasi

22 views

Dasar Privasi

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.


Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.


Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.


Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran di e-NTM dan borang maklumbalas yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam laman ini.


Pertanyaan atau Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman web ini, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklum balas yang disediakan dalam laman web ini.



Bil. Pelawat 1,306,030
Kemaskini : 18 Oktober 2024
TOP