SELAMAT DATANG KE MYGOV - PORTAL RASMI KERAJAAN MALAYSIA

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Latar Belakang Portal MyGovernment

164 views





MyGovernment merupakan inisiatif dibawah MAMPU ke arah<br>Pengukuhan Digital Bersepadu Dan Selamat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Portal MyGovernment merupakan gerbang tunggal kerajaan yang menawarkan perkhidmatan dalam talian dan informasi yang berkonsepkan Life-Event  dan berpaksikan rakyat.

Diharapkan rakyat dapat menggunakan portal ini bagi mengakses semua perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat dalam semua aspek kehidupan.


MAMPU telah mengeluarkan Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2017 Pelaksanaan Analitis Data Raya Sektor Awam (aDRSA) berkuatkuasa pada 3 Januari 2017 yang bertujuan memberi kefahaman dan panduan kepada agensi sektor awam bagi melaksanakan analitis data raya dengan mengguna pakai kaedah atau metodologi yang bersesuaian. Tempoh kuat kuasa pekeliling ini adalah selama 5 tahun dan telah pun tamat tempoh pada 2 Januari 2022.


MAMPU telah melaksanakan kajian semula terhadap garis panduan ini bagi menambah baik dan memantapkan lagi tadbir urus dan metodologi pelaksanaan analitis data raya sektor awam sejajar dengan hala tuju dasar/strategi Data Raya Sektor Awam (DRSA) dalam Rangka Tindakan Kerajaan Berpacukan Data dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).





Bil. Pelawat 1,306,030
Kemaskini : 18 Oktober 2024
TOP